| |||
|
Siri Bercakap Dengan Jin 2 : Sireh dan Tengkorak
Saturday, November 7, 2009 ![]() Zawawi, bukan nama sebenar, amat handal bermain bola sepak. Sejak dibangku sekolah rendah, dia telah 2,3 kali mewakili seolah beliau ke peringkat PKG. Naik ke sekolah Menengah, beliau juga mewakili sekolah tetapi nyaris-nyaris di-reject kerana beliau selalu suka tunggu-ayam ( offside ) dan tendangan beliau tersasar jauh dari gawang gol. Tetapi berkat usaha yang gigih, beliau kini menjadikan bola sepak sebagai periuk nasi beliau. Periuk nasi tu adalah simpulan bahasa. Bapa Zawawi seorang bomoh part-timer. Siang hari, bapa Zawawi, Pak Rashid, bukan nama sebenar bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah klinik. Pak Rashid sudah bekerja di klinik itu selam 30 tahun tetapi tiada peluang untuk dinaikkan pangkat sebagai Doktor. Ketua kampung Pak Rashid mengusulkan supaya beliau menulis surat layang kepada agensi yang menggaji beliau sekarang. Emak Zawawi, Makcik Enon, bukan nama sebenar seorang suri rumah. Dia juga bekerja sambilan dengan menjual kuih-muih dan minyak gamat untuk menampung perbelanjaan keluarga. Makcik Enon adalah peminat tegar Mawi dan Mazlan pet-pet. Makcik Enon juga dikenali sebagai ASTRO kerana Makcik Enon mempunyai akses kepada sesuatu berita yang RARE dan akan diolah dengan ulasan beliau sendiri seterusnya dipancarkan kepada pendengar2 yang sudi mendengar. ~~~~ Hari ini, 7.11.2009 Zawawi , bukan nama sebenar, telah membantu negeri yang diwakili beliau memenangi piala Malaysia dalam pertandingan sepak-sepak bola. Tahniah Zawawi dan Negeri yang diwakili beliau!. Semoga terus maju jaya. FIN. comment | 0 comment(s) Kisah Pendek Ramadhan
Tuesday, September 8, 2009 Waktu dulu, tahun beribu hijrah, Hari tu Mak kejutkan aku awal.Dalam pukul 4.30 pagi. Aku bangun selamba, basuh muka. Sejuk woh!. Terhidang atas meja nasi dan lauk pauk yang panas. WTH! Dalam monolog, aku bertanya-tanya kenapa perlu makan seawal begitu. Seraya itu, Daddy pun bersuara " zuLL sudah besar. Kena Puasa. Set contoh yang baik kepada adik-adik ! " Wah ayat motivasi seawal pagi. Lu pernah kena? Pagi-pagi mana ada mood makan , aku makan tak sampai suku beb. Letak ar yam kentaki ke, piza ke, Marybrown ke, memang takde mood. Lepas makan aku terus tido bermimpikan Angelina Jolie. Keesokkan hari, pagi-pagi lagi aku rasa lapar. Tamat. ![]() comment | 4 comment(s) Kisah Mengejas Awek
Friday, August 7, 2009 ![]() Haritu bosan. Seperti hari-hari yang sebelumnya. Aku bangun awal-awal lagi, hajat nak joggging di tepi tasik atau tepi tapak perkuburan belakang Fakulti Bahasa Dan Komunikasi. Tapi aku batalkan hajat sebab sedar-sedar dah pukul 11.45 tengahhari. Tak manislah bila jogging di tengah hari buta. Lagipun haritu bukan cuti. Aku pun daripada berpakaian jogging, aku menukar kepada pakaian standard. Pakaian yang aku pakai hari-hari. Dan aku menuju ke cafetaria. Cafe haritu penuh dengan orang-orang yang kelaparan. Penuh maknanya ramai. Aku hairan kenapa 4 kolej berkongsi satu cafe. Itu sial namanya. Dalam gerombolan manusia yang maha ramai itu, aku ternampak seorang awek. Manis rupanya macam Kate Nash. Aku pun dengan keadaan segera menghampirinya. Aku buat selamba. Awek itu sedang membelek-belek lauk, dan aku, " Lauk ni sedap, penuh berkhasiat. Lagipun ni tak ada lemak tepu dan ianya penuh vitamin B2 " Aku tahu awek-awek amat mengagumi orang yang pandai, caring , prihatin dan suka binatang peliharaan. Awek itu hanya senyum dan berkata " Eh, u ni sama taste ngan i ar. Maybe we have the Chemistry " Awek urban ni. Tak K.L, Mungkin ni awek Selangor. Nak kata Kelantan dan Terengganu, tak ada pulak slang pantai timur. Kami pun sembang lama-lama., pasal Pemanasan Global, H1N1, Freemason, Seks Bebas, Konflik Dunia ketiga dan bermaacammacam lagi. Awek tu kuat bercakap, aku layan je kerna awek-awek suka orag yang mendengar bila mereka bercakap. Sesudah kami puas bersembang, tiba-tiba awek itu menghulurkan secebis kertas. Nombor telefon agknya, kalau takpun nombor bilik. Aku capai kertas itu dan ianya nombor telefon awek tu dan nombor biliknya. " 0-1-3-3-5-6-7 . . . " Aku pun tersedar. Aku masih di katil, berselimut. Sial. Macam real mimpi tu. Yang aku terkilan aku tak dapat tangkap 3 nombor terakhir nombor telefon aewk tuh. Aku cuba menyambung balik mimpi tu. Tapi aku hanya bermimpi Barney dan Big Bad Bettleborg. Tiada lagi awek itu. Kalau mimpi awek tu lagi, aku cuma nak kata "Muka cantik tapi tulisan buruk gila. Tulis nombor telefon macam tulisan sanskrit! Lain kali tulisla elok-elok! " the end ![]() comment | 10 comment(s) [ Retro ] Macam Mana Aku boleh Terlibat Dan Percaya Pada Peah
Tuesday, June 16, 2009 ![]() [ Sehari sebelumnya.. ] Sebelum ke sekolah, aku melencong ke kedai Pok Mat jap. Nak usha-usha maklumat dan fashion stylo terkini. Kedai Pok Mat memang feymes , hot-spot bagi budak-budak seangkatan dengan aku. Kalo sapa-sapa tak singgah kedai Pok Mat, memang boleh dianggap king of kodi. Tetiba aku nampak benda best, betul-betul ditepi kaunter Pok Mat yang serabut ngan tembakau jawa dan daun rokok. " Pok Mat, ini tikam bila sampai? Hadiah kaw-kaw? Brapa satu ? " Ujar aku ngan earger-nya. Pok mat menggulung rokok tembakau jawa slow-slow. Sedut dalam-dalam, hembus, sedut, hembus.Bau asap cam gampang. Gila. Kalo aku duduk dekat sikit, mesti aku dah kena Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk. Muka Pok Mat high. " Baru je sampai. 20sen satu. Hadiah kaw-kaw. Kalo tak beli memang tak true.. " Aku dah panas ngan statement Pok Mat. Hadiah aku tengok memang kaw-kaw. Kereta Dashyankuro, Robot Macross, Laser dan macam-macam lagi. Aku dah aim Kereta Dashyankuro. Barang rare, tak ramai budak ada benda ni. Aku hulur duit 1ringgit, duit belanja sekolah untuk hari tu. Aku seluk 5 plastik hitam. " Pok Mat , Ape kriteria untuk boleh kereta Dashyankuro? Cambest je " ujar aku dengan sikit nada ego " Dashyankuro kena dapat gambar durian, gambar rambutan dapat laser , gambar ciku bla bla bla " Gambar Durian. Aku perlukan gambar durian. Aku dengan gaduhnya aku menyiat semua plastik hitam. Cikedis free dalam plastik tu aku biar bersepah atas meja Pok Mat. " Pok Mat, Kalo ade cop Hello Kitty ni, boleh mende ? " Ujar aku dengan berdebar-debar " Kalo gambor Hello Kitty tu, takleh gape-gape la tu " jawab Pok Mat dengan lebih kurang. " Takkan takleh ejas? Bagi ar Aiskrim ke, Cikedis ke " .. aku buat muka kesian. Hati Pok Mat memang keras. Aku ke sekolah dengan perasaan yang amat pilu dan sedih. Duit dah habis. Tikam tak kena, Kereta Dashyankuro terbayang-bayang dalam kepala. Kira haritu ilmu memang tak masuk. Waktu rehat, budak-budak lain bertempiaran belari ke kantin. Aku duduk sorang-sorang dalam kelas, rembat cikedis yang ada dalam plastik tikam tadi. Air mata menitis. Aritu miss kelazatan Keropok goreng ngan Air Jagung Pok Harun. Tetiba , " Lu apsal sedih ni zulfadli? " Datang member aku yang bernama Peah. Aku ngan Peah kiranya agak kacip. Kalo ada projek besar-besar, memang Peah dulu yang aku ajak. Peah tak lah hensem mana Tapi sejak balik dari Lawatan ke kolumpo, terus lekat cakap kolumpo. Urban, Stylo. Dengan nada emo, aku cerita tentang kerugian yang aku alami. " Lu jangan risaula zulfadli, Gua akan tolong lu. Janji lu buat kerja sekolah Tatabahasa gua. " " Esok pukul 12.00PM , tunggu gua depan kedai Pok Mat. Bawa duit secukupnya " " Sebelum tu, lu hafal ayat ni dulu , baru tikam kena " Peah menghulur cebisan kertas. Ayat tu langsung tak berbunyi arab, betulisan rumi bukan jawi. Itu memudahkan tugas aku menghafal. Susunan ayat macam buku KOMSAS tingkatan 3. Aku suspek Peah ambik dari buku kakaknya. " Ingat , lu kena hafal ayat tuh. Baca 2 kali sebelum bukak plastik tikam " Pesan Peah keras. Malam tuh, aku hafal bersungguh-sungguh. Aku aim kereta Dashyankuro. Bayangkan perasaan awek-awek bila tau aku ada kereta tuh. Fuhh. [ , , , , , ] Aku genggam tangan. Muka Peah dah macam orang nak mintak terajang. Pok Mat tersengih-sengih. Aku berlari ke sekolah. Aku koyak buku Tatabahasa peah. Padan muka lu Peah!. ![]() comment | 18 comment(s) Awek Yang Menjual Jagung
Saturday, June 13, 2009 ![]() Tiba-tiba bergelojak rasa nak makan jagung bakar. Ye la dah lama tak makan jagung. Asyik makan Ubi je. Manalah menyihatkan!. Aku pon suruh ar member aku singgah kat sebuah bangsal jual jagung betul-betul tepi jalan dekat-dekat ngan pantai. Jagung nampak manis je, semanis penjualnya. Yang tak manisnya muka bapak dia yang membara mengipas jagung. Aku pinjam Marlboro member aku kat sebelah. Takkan nak hisap Surya depan awek, mana stylo, sah-sah dicop Mat Indon. Bau asap pun dah lain. "Emm.. nampak manis jagung ni", cubaan aku nk msuk jarum. Member aku kat sebelah tak pandai langsung nak backup. Buat2 la busy sikit ke, tolong bapak awek tu kipas jagung ke, ni tak. Tersengih-sengih macam mat indon baru dapat gaji. " Pandai abang tengok jagung, tengok je dah tau manis ke tak" Aduh. Awek ni, bergegar buah pinggng aku . Serba serbi manis lah awek ni, jagung nmpak manis, muka manis, bahsa pun manis dan erotis. Yang tak boleh blah, air oren rasa macam gampang, tak heranla sebab yg buat pun mak dia. Mak dia tak manis, tapi mungkin manis 20 tahun yang lepasla. " Nak berapa batang bang " Eh awek ni, ber'batang' la plak. Aku dah jadi kalut. '' Emm bagi abang 2 batang cukup, satu untuk abang, satu untuk kawan abang. Buat manis-manis ek ''. Aku dari tadi lagi dah cair. Tanpa berfikir ; '' Kalo Camtu bagi bagi abang 4 batang. Lagipun dah lama abang tak makan jagung ni sejak abang abis belaja kat Ireland nuh''. Takpela. Kire macam investment gak. Dengan pembelian 4 batang jagung mane tau hari ni hari bertuah aku. Tersenyum-senyum awek tu letak jagung dalam plastik. Nampak cam ada can beb. '' Nah bang.. sume skali 8 ringgit '' Nak nampak stylo punya pasal aku hulur duit not 50. 50 terakhir yang aku ade, duit tuh aku selit kat celah dompet , dalam-dalam. Kaler pon dah jadi lain. Simpanan disaat-saat genting.. Tapi hari ni terbarai jugak. " Takdek duit kecik ke bang? ''Hah!, aku pe lagi, ni punch line yg aku tunggu-tunggu ni.. " Duit kecik takde, nombor telepon adalah.. ". Aku rasa tu la ayat paling romentis .Awek tu tersengih-sengih je tengok aku. [ , , , , , ] " Mama....mama! " Terdengar suara budak kecik dari belakang bangsal. Anak pelarian mana plak yg sesat ni?? Potong Stim Btol la.. " Mama, mama... nak jagung................ " Muka aku dah start merah membiru tahap lebam. Stylo dah terbarai bertarabur ntah kemana, Pernafasan jadi tak teratur. Member aku awal-awal lagi dah lesap, pergi gerai sebelah, buat-buat beli minyak gamat. Deras-deras aku ambik jagung tadi dan terus blah.. Baru aku sedar, bini orang rupanye! Siap ada anak lagi.. Sial btol. Jagung tuh separuh je aku makn. Selebihnya aku hanyutkan ke dalam laut. Nampak je manis, tapi tawar nak mampos!. Jahanam 8 ringgit aku. Penipu! Nota Kaki ; Cerita Asal ada Disini ![]() comment | 18 comment(s) |
|
|
| |