Profile Lets Chat Link-age Stuff
Siri Bercakap Dengan Jin 1 : Misteri Basri.
Wednesday, July 29, 2009





[ Permulaan ]

Dahi Pak Imam Berpeluh-peluh. Sudah lama beliau tak handle kes-kes kerasukan macam ni. Setakat jampimenjampi untuk budak yang kencing malam bolehlah. Tapi ini kes berat. Mata Ramli seakan-nyala nyala. Lidah Ramli terjelir-jelir. Ayat-ayat yang dikeluarkan oleh Ramli amat asing bagi seluruh penduduk kampung dan Pak Imam. Jesteru itu Tubuh Ramli ditekan-tekan. Bacaan ayat-ayat Pak Imam berterabur sebab dilempang Ramli yang kurus kering.

[ Konflik ]

" Jin Yang merasuk Ramli ni terlalu kuat. Mungkin Champion Heavyweight " getus Pak Imam sambil membetulkan serbannya yang senget. Pak Imam sudah tidak sanggup berhadapan dengan Jin yang merasuk Ramli.

" Pak Mat, Saya balik dulu. Isteri Saya nak bersalinnnnnnn. " Jerit Pak Imam sambil memecut Motor kapcainya. Nasib baik tak terlanggar kutu-kutu yang sedang lepak di wakaf depan rumah Pak Mat.

Pak Mat bukan tak tahu. Isteri Pak Imam sudah menopaus mana mungkin boleh beranak lagi. Alasan yang diberikan pak Imam amatlah tidak logik. Nasib baik wang pengeras baru separuh dibayar. Itu tak termasuk kos beli pulut kuning dan ayam panggang. Ini sudah 29 kali, Imam-imam yang dijemput Pak Mat melarikan diri tanpa sebab yang munasabah.

Seminggu kemudian..

Keadaan Ramli semakin teruk. Adakala dia berlari bogel sekeliling rumah. Pak Mat semakin pening. Isteri Pak Mat , Mak Mah sudah kering air mata menangis mengenangkan Ramli. Seluruh IPTA/IPTS di ibukota terpaksa ditutup bahana H1N1 iaitu virus selsema babi. Seluruh pelajar dipaksa balik ke rumah masing-masing selama seminggu. Seorang pemuda yang juga kawan lama Ramli telah pulang ke kampung.

Pada Malamnya, pemuda itu melawat rakannya Ramli. Dia mengusap-ngusap Kepala Ramli sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Tiba-tiba Ramli bangun, matanya merah menyala dan menyerang kawannya itu. Penmuda itu menepis Ramli dengan kuat. Ramli tersepit dicelah pintu. Tiba-tiba pemuda itu menjerit,

" Pak Mat, ccceepat sediakan pulut kuning dan ayam panggang! "

Tergesa-gesa Pak mat menuai padi pulut di sawah. Pak Mat tanak dengan kadar segera dengan kepanasan 300 darjah celcius. Pak Mat masukkan setitis iodin unutk memberikan pulut itu warna kekuningan, tambahan pula bagi Pak Mat, iodin amat berkhasiat. Mak Mah pula berhempas pulas mengejar ayam kampung , sembelih lalu memanggangnya. 45 minit kemudian juadah pengeras itupun siap.

Ramli masih lagi tersepit. Tiba-tiba ramli mengamuk. Pintu terkopak akibat kekuatan Ramli. Ramli berlari kearah rakannya itu dengan gigi menyerigai. Pemuda itu menulis sesuatu diatas kertas A4. Ramli semakin hampir dan pemuda itu berpusing 180 darjah dan menampal kertas A4 itu ke dahi Ramli. Kertas A4 itu bertulis " Liebe". Entah ape jadah maksudnya. Ramli tiba terduduk dan senyap. Pemuda itu dengan sertamerta duduk dihadapan Ramli. Pak mat dan Mak mah duduk dibelakang pemuda itu , takut-takut. Dan Pemuda itu bercakap dengan Jin yang merasuk Ramli.

[ Klimaks ]

" Wie heißt du? " Jerkah Ramli Dengan Kuat dalam bahasa yang begitu asing bagi Pak mat dan Mak mah. Ramli seakan memahami

" ich heiße Schmidt! " Jawab Ramli dengan tenang sambil dikuti ketawa yang amat menyeramkan.

" Guten Tag. Ich heiße Frau Basri." Balas Pemuda itu dengan muka cuak.
" Guten Tag !" Jerit Ramli dengan tiba-tiba. Ramli menjadi semakin aggresif. Kertas A4 didahinya semakin tercabut.

" Freut mich . Tschüs! " Balas Pemuda itu sambil mengepit ibu jari Ramli. Ramli menjerit dengan kuat dan pengsan. Mata Ramli sudah tidak merah lagi. Ramli sudah normal. Jin yang menghasut Ramli telah Tiada. Pemuda itu berwajah lega.

[ Anti Klimaks / pengakhiran ]

Pemuda itu berdiri sambil menyalakan Winston Light ,

" Nama saya Basri. Saya adalah pelajar bahasa German di UPM. Kalau ada kes-kes paranormal, saya akan berada berdekatannnnn " dan pemuda itu menghilangkan diri dalam kegelapan malam bersama pulut kuning dan ayam panggang.

Pak Mat dan Mak Mah terkebil-kebil dan kagum dengan kebolehan Basri. Mereka tertanya-tanya siapakah Basri yang sebenarnya. Ramli pula semakin sedar. Apabila ditanya tentang Basri, Ramli mengatakan yang dia tiada kawan yang bernama Basri. Keadaan semakin menjadi misteri....




Labels: , ,


comment | 8 comment(s)

Satu Dua Tiga Empat
Tuesday, July 28, 2009

Satu

Cuti seminggu bahana Pandemik H1N1. Entah apa jadah, H1n1 bukan boleh merebak melalui nyamuk. Sial. Masa diumumkan cuti, bertempiaran orang lari macamlah kalo kena H1N1 automatikli berdarah hidung mulut pastu meninggal dunia, Rilek-rilek sudaaaa.. Dah la cuti midsem burn. Time tu aku plan nak pegi San Francisco.


Dua

Aku memang anti dengan orang yang suka eyeball oranglain. Sial. Macam lu best sangat!
Aku memang anti dengan orang yng suka backstab oranglain. Sial. Macam lu best sangat!


Tiga

3.1 Money. The luxurious thing that i always short of. But i never afraid of spend it all. Lu pikir ar, 46.17 USD + 65 USD = 111.17 USD. Tu belum tukar dalam matawang RM. Kalo tukar dalam yen lagi la. Sekarang ni aku rilek-rilek tunggu Macbeth aku sampai. Harap-harap kastam tak buat hal.

3.2 Dimaklumkan bahawa sebarang matawang Rusia tidak boleh ditukar di The Mall. Sebarang cubaan untuk menukar matawang Rusia di sebarang pengurup wang berlesen di premis tersebut akan dihentak dengan shotgun dengan kadar yang segera. [ Ihsan zulfadli ]


Empat

Misteri Basri. Lu kenal tak sape Basri? Basri dah 2-3 malam menghantui hidup aku, dan 2-3 orang yang berhampiran


Labels:


comment | 8 comment(s)

Cuti Aku Yang Cemerlang
Monday, July 27, 2009

Puff Puff Puff..
Puff Puff Puff..
Puff Puff Puff..






Labels:


comment | 2 comment(s)

[ Retro ] Dashyankuro dan Implikasinya
Thursday, July 23, 2009

Tahun 1997 - Seminggu setelah Ditipu Peah.


Pagi itu memang nyaman. Berkabus, ayam sahut menyahut. Aku bangun pagi-pagi dan bersiap-siap nak pegi buat rutin pagi, tawaf kawasan lorong rumah aku. Aku sekolah petang, jadi waktu pagi diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Kadang-kadang lepak kat paya sambil memancing, kadang-kadang pergi menuai buah ceri yang sudah masak, ada jugak time bila takde apa-apa aktiviti.

Tepat pukul 9, aku dah start menapak. Mencari member-member yang sealiran. Sesampai aku depan rumah Mat Weng, aku ternampak 2,3 orang member sealiran. Dengan kayu ditangan dan bermuka bengis , mereka berlari kearah aku. Aku menjadi cuak dan nervous. Takkan nak pukul aku sebab aku pau adik mereka yang sedang berdarjah satu takpun sebab aku ejas awek diorang kot. Itu sudah adat member-member, mana boleh marah. Apa-apa pun, baik aku ambik berhati-hati. Mereka semakin dekat, dan aku pun mengambil langkah drastik.

" Power Rangers Merah, Bertukar! " jerit aku dengan nada 269 Desibel sambil memejam mata dengan berharap bertukar kepada power Rangers merah yang robotnya berbentuk T-Rex. Itu belum lagi Power Ranger Warna Hijau yang pedangnya boleh ditiup untuk memanggil robotnya yang maha gergasi.

Aku berasa seakan bertenaga baru! Mungkin inilah yang dikatakan Kuasa. Slow-slow aku buka mata dan member aku dan berada di depan mata. Slow-slow aku buka buah tomoi ajaran seorang brader dekat-dekat dengan rumah aku. Berderai-derai aku diketawakan,

" Lu ni outdated betul!. Mana ada dah orang layan power Rangers. Semua orang tahu yang power Rangers tak wujud!.Karut semua tu. hahahahahahahaha "

" Dah tu apa yang up dan trendy sekarang? " ujar aku yang masih ber'stance' tomoi.

" Ni yang up sekarang! " sambil mereka menunjukkan benda yang up itu

Wah. Macam mana meraka dapat dulu kereta Dash ni dari aku? Nak beli memang takde chance. Aku syak mereka curi dari kedai Pok Mat.

" Lu takde ke? " ujar meraka dengan nada sinis.

" Eh ada! 2,3 kat rumah. Tu tak campur yang aku order dari ebay lagi! " bidas aku dengan teknologikal,

" dah tu pesal korang pegang-pegang kayu ni?" soal aku.

" Lu memang tak tengok cite Dashyankuro ke? Kayu ni boleh buat control kereta. Hah gini " sambil mereka membuat demonstrasi yang aku cukup meluat bila tengok.

" Ceh aku tengok ar. Kat Youtube ! " Aku berbohong. Apa kejadah sanggup ponteng kelas nak tengok cite Dashyankuro pukul 4.30 ptg. Aku budak bijak. Besar nanti nak jadi Angkasawan macam Aldrin. Syeikh Muzapa tak feymes lagi. Tak manisla kalau beridolakan orang yang tak feymes.

" Aku blah dulu ar. Nak buat kerja Ilmu Alam Plok, lepas tu nak tengok komet Halley " . Ujar aku dengan yakin untuk melambangkan cita-cita aku sambil memblahkankan diri.

Balik rumah, aku korek tabung BSN aku. Ala yang berbentuk Gajah pakai topi tuh. Adalah dalam rm3. Nak belanja awek pun tak lepas. Argh. aku berguling-guling kestressan. Hajat nak ada kerata Dash sendiri membuak-buak!. Wajah member-member sealiran terbayang-bayang di kepala menyakitkan lagi hati aku. Tiba - tiba.....

[ Bersambung Selepas Nightline ... ]



Labels: ,


comment | 6 comment(s)

Jeritan tahap 269Dsb
Wednesday, July 22, 2009

Arghhhhhh






Labels:


comment | 2 comment(s)

Iklan Pendek 2 : Drop Dead
Monday, July 20, 2009

DROP

DEAD







Labels:


comment | 3 comment(s)

Lagu 1 : Take A Short Break, Long Journey Ahead





Ku tatap dunia
Terasa perih luka di dada
Pertempuran manusia
Yang buta indahnya perbedaan
Oh indahnya..

Ku bisa engkaupun bisa
Melupakan kebencian yang ada
Bersama kita terluka
Bersama kita bisa tertawa
Dan tertawa..

Ayo bangun dunia di dalam perbedaan
Jika satu tetap kuat kita bersinar
Harus percaya tak ada yang sempurna
Dan dunia kembali tertawa

Bayangkan dan senyumlah
Mahkota emas tiada artinya
Ketika raja dan ratu
Memimpin dunia semua bersatu
Dan bersatu..

Ayo bangun dunia di dalam perbedaan
Jika satu tetap kuat kita bersinar
Harus percaya tak ada yang sempurna
Dan dunia kembali tertawa

Jabat erat tanganku kawan
Kau tak akan pernah sendiri
Hancurkan dendam dengan cinta di dada
Untuk semua, manusia



Labels:


comment | 0 comment(s)

Love As In Quote
Friday, July 17, 2009

"A man loses his sense of direction after four drinks;
A woman loses hers after four kisses."

H.L. Mencken




Cinta itu memang indah. Seindah apa yang indah di Dunia ini. Perasaan Indah menguasai, dunia milik bersama. Saya disekolah dulu memang nakal. Nakal yang amat. Tapi deep down, saya baik hati. Seriusly. Telah banyak saya buat nakal kat sekolah sehinggalah satu hari, saya berigat ( baca: Kantoi ). Saya dikenakan denda, Mengajar tuisyen. Sial. Saya dahlah nakal, kena ajar tuisyen pula. Memang bagus. Dalam mengajar tuisyen itu, saya terjumpa seorang perempuan. She has a golden touch , macam lagu Razorlight. Senyumannya buat saya hilang tingkah, macam lagu Jet Coaster. Huh. Saya endahkan dia kerana dia such an old-fashioned girl.

Saya juga dipaksa berlakon drama. Muka saya memanglah macam artis, tapi saya tak pandai nak berdrama ni. Am forced to partner up with somebody. Dan tanpa berlengah, saya dipaksa bersama si dia. Damn, pada mulanya. Saya mengalami masalah memori, mengingat lirik-lirik dalam skrip drama. Dia banyak membantu saya. Dia ada berpesan , selepas semua ini , jangan ada sekelumit rasa sayang padanya mahupun merinduinya. What the heck! kata dalam hati saya. Saya orang famous, takkan nak bercinta dengan awak. Banyak lagi awek-awek lain.

Ya, perasaan sayang itu memang halus. Sedar tak sedar , saya menjadi rindu padanya. Lebih tepat lagi, sayang. Senyuman, Gayanya, Lagaknya. Dia melengkapi saya segala genap yang saya kurang. Saya rasa kami ada chemistry. Tapi saya malu mengakuinya. Pernah sekali dia datang pada saya didepan kawan-kawan saya untuk memberitahu sesuatu tapi saya melukakan hatinya. Saya tahu dia kecewa, tapi saya malu dengan kawan-kawan saya. Dan,

[ , , , , , ]

Saya drag cursor player tepat-tepat ke bahagian akhir. Kenapalah cerita A Walk To Remember ni tak Happy Ending? Harap-harap cerita Ice Age ni happy Ending.




Labels: ,


comment | 2 comment(s)

Hidup Ni Tak Selalu Akan Berada Diatas.
Monday, July 13, 2009



UPDATE :

Sudah lama saya tidak update blog dengan proper. Saya bukan sibuk sangat pon, buat-buat sibuk dan malas je, tambahan infastruktur tak mencukupi. Line WIFI kat bilik saya buat hal, sekali je dapat guna pas tu terus tak boleh guna. Ah, Macam Sial. Ni pon guna broadband coursemate saya yang malam ini dress up seperti Doraemon. Seluar biru, Baju putih. Siesly, macam doraemon. Ini adalah compliment.

Cubaan saya bercakap Kolumpo / urban amatlah tidak menjadi. Keluar je perkataan dari mulut saya, memang orang dah boleh detect yang saya ni bukan pure kolumpo / urban. Apatah lagi bercakap Inggeris. Lantaklah, by time i think i can cope with that. Satu lagi, saya ni bukan la jenis suka tegur orang meratarawa ( baca : strangers ). Saya memang susah mulakan perbualan unless orang lain yang start dan akan ada pause yang panjang jika berbual dengan saya. Lainlah dengan orangorang yang saya kenal. Sebab tu orang-orang suka menganggap saya sombong. Tidak, saya tidak sombong. Saya suka berkawan dengan orang yang takkan menyusahkan kawannya. Saya sebenarnya suka benda-benda kiut, tapak sulaiman contohnya. Believe me.

Saya pening. Lebih kurang 3 minggu berada di perantauan saya jadi lost. Saya tak tau perasaan kawan saya yang hidup sorang-sorang di perantauan, tapi saya rasa saya lost. Lebih lost bila takde duit. Siapalah yang reka duit ni, kalolah sistem barter masih diamalkan. Banyak benda yang saya boleh trade-in. Masuk bab belajar. Saya terperangkap dalam satu kelas yang amat membosankan. Semua kawan-kawan saya berjaya escape coz diorang dapat transfer kredit. Saya? Bukan taknak tapi,... Kelas tu amatlah extreme bosan. Lecturer membebel didepan dengan loghat Alabama-nya. Saya dibelakang buat kerja-kerja kimpalan. Lecturer buat lawak didepan, kelas ketawa, saya pon join sama. Ketawakan lecturer itu dengan lawaknya yang saya tak dengar dan tak paham. Damn.

Saya pening bukan tertekan. Saya tak pernah fikir nak suicide. Saya tau family dan rakan saya sayang pada saya. Bila saya pening, saya suka dengar lagu Simple Plan. ala... Welcome To My Life. Lepas saya dengar lagu tu, terus saya delete lagu tu. Saya tak suka pon lagu tu. Macam Sial. Saya lebih berat kearah lagu-lagu band yang menenangkan jiwa. Last Days of April contohnya. Cubalah dengar. Download je kat mana-mana yang boleh download. Beli yang ori pon berbaloi.

Saya pening dan bosan. Bosan yang teramat. Saya nyais-nyaris beli LEGO kat midvalley jika saya tak fikir pandangan sinis orang-orang yang berada dalam tren dalam perjalanan pulang. Bosan-bosan saya takla sampai membosankan orang. Saya kalo bosan suka mengasingkan diri dan membaca buku , mengumpul setem dan lain-lain. Saya jenis orang yang tak kacau orang melainkan orang tu yang kacau saya, ejek saya ataupon curi setem saya.

Sekarang pening sudah hilang. Bosan, emmm ada lagi mungkin akan beransur-ansur hilang. Saya nak cari kawan ramai-ramai kat sini. Boleh berborak sampai pagi , bermain terup dan melakukan perkara yang berfaedah. Study group misalnya. Saya suka follow aktiviti rakan-rakan asalkan tidak merbahaya, dan merugikan diri sendiri. Hari tu, ada kawan saya ajak saya rompak Matindon, tapi saya tolak dengan Alasan matindon itu orang juga. Saya rasa amat baik hati ( bukan riak ).

Harap-harap ada awek baca dan terus miscol saya!

yang benar,

Labels: ,


comment | 12 comment(s)

= Tarapapaya =
Saturday, July 4, 2009


comment | 7 comment(s)

Everything in http://ohserius.blogspot.com is fucking copyrighted. © All rights reserved.
[ play play me ]