Profile Lets Chat Link-age Stuff
Aku Sejenis kuih bernama Cara Berlauk
Monday, August 31, 2009






Hai. Salam Ramadhan. Namaku Cara Berlauk. Korang boleh panggil aku Cara / CarBer je , ataupun ikut kretiviti korang asalkan berbunyi modern dan KeyEll. Pada Bulan - bulan lain ( baca ; bulan sebelum puasa ) aku low profile. Tak banyak aku buat kemunculan, kalau ada pon di pasar-pasar malam dan pasaran gelap tu pun untuk regular customer je tapi bila bulan puasa ni, nama aku semakin naik, populariti mencanak-canak.Korang try ar ke bazaar , try cari aku. Aku gerenti setiap penjual aku ada stok aku. Tapi jangan la cari aku kat Kedai Emas beb. Memang susah market Emas ni lebih-lebih lagi di bazar Ramadhan. Ini adalah Sarcasm. Mengerti?

Aku ni ada banyak jenis dan rupa. Ala macam manusia jugak. Ada yang sifat buruk, jahat, keji dan suka berlakon. Aku sebagai sejenis kuih pun sudah masak dengan perangai korang. Emmm. berbalik kepada jenis dan rupa kaum kerabat aku tadi pula. Aku ditolak dengan harga Rm1 = 3 biji , paling up Rm1 = 5biji, tapi tu dulu, sebelum harga barang naik dan diekploitasi. Kalo korang beli aku kat gerai kuih yang jual Rm1 = 3 biji kuih tapi boleh mix kuih, gerenti TAK SEDAP. Aku ulangi TAK SEDAP. Tu hanya marketing strategi untuk mengabui ketidaksedapan aku. Kalo korang nak rasa aku yang pure dan gebu , korang carilah gerai yang khusus dan fokus hanya menjual aku. Aku gerenti korang akan berpuas hati.

Manusia. Kalo beli aku takkan beli Rm1 punyalah. Kalo paling ekonomi pon pasti beli Rm2. Makan sebijik, lagi 5 bijik reserve untuk sahur. TU pun kalo bangun. Sesedap mane pun rase aku, pasti muak punyelah selepas korang bedal Tomyam , Ayam percik, Nasi Biryani, Air coke, Ayam goreng KFC dan nasi untuk berbuka puasa. Pastu mulalah riwayat aku berakhir didalam tong sampah. Nafsu manusia


Jimatlah wahai manusia, share kuih dan lauk berbuka dengan rakan anda.!
Jangan Membazir.

Pesanan ikhlas dari ;
Persatuan kuih dan Lauk terbuang
Hahahahha ( ketawa cam setan )



Labels: ,


comment | 9 comment(s)

Selamat Menyambut Ramadhan ; Semoga Berpuasa Penuh!
Sunday, August 23, 2009




Bila tiba Bulan Ramadhan, berderu-deru mesej sampai mengingatkan kita untuk berpuasa dan niat puasa tak kurang juga yang nakal mengingatkan untuk bermandi wajib. Terasa sekejap je masa berlalu, kini sudah bertemu Ramadhan kembali, cuma lainnya ditempat baru ( DAH TAK BERAPA BARU ).

To all my muslim friends,

" Selamat Menyambut Ramadhan ; Semoga Berpuasa Penuh! "




pOSE Jangan Tak Pose Bai!

Labels:


comment | 7 comment(s)

Surat Kepada Mak
Tuesday, August 18, 2009





Kehadapan Mak tersayang,

Mak apa khabar? Harap Mak sihat sejahtera bersama keluarga tercinta. Zull disini sihat sejahtera dan gembira selalu. Ialah kita kena selalu gembira, ada kata motivasi mengatakan kalau kita gembira, orang disekiling juga akan gembira. Bak Dalam bahasa Inggerisnya ; Laugh and all will laugh with you. Weep , you cry alone. Betul tak , Mak? Tapi kan keadaan disini tak sama dengan Terengganu. Belajar pun tak sama. Kat sini makan mahal macam nak mampos. Nasi dengan ayam goreng sudah RM 4.50. Dulu kat sana , kat kedai Nawi baru rm 3.00. Ayam pun goreng dengan daun kari , kat sini goreng dengan penyalut pisang goreng. Tak sedap, mahal pulak tu! Belajar kat sini pun kena indipendent. Nota kena buat sendiri ,kalo-tak-study-tiru-orang dan macam-macam lagi. pening juga tapi zull kuatkan semangat juga.

Oh, tujuan zull menulis surat ini adalah untuk memberitahu Mak tentang kelewatan kutipan dokumen PTPTN kelompok kedua. Dah nak masuk sebulan.Letih-letih je rushing isi borang PTPTN dan pergi cop kat JKKK dan tiru signature Pegawai kelas A. Macam bodoh kan? Loan ni penting unutk seseorang student. Nak beli buku , beli stationary , buat photostat dan macam-macam lagi yang berfaedah. Tu tak termasuk duit belanja makan. Kos sara hidup kat sini tinggilah Mak. Naik komuter dah RM2 , kalo ulang alik sepuluh kali tak ke RM20? Dengar-dengar khabar angin, harga tiket komuter nak naik 100% berkuat kuasa esok. Kalau tengok wayang dah Rm40. Yelah, kena tengok kat seat Gold Class. Seat kelas ekonomi tak best. Sound tak power, gambar macam vcd cetak rompak. Subtitle pon tunggang langgang. Topup dalam seminggu Rm50 boleh habis. Mesej classmates tanya kelas ada ke tak , mesej lecturer samaada kelas batal atau postponed. Diorang guna Digi sebab tu mahal macam nak mampos.Lebih lebih lagi bila ada seorang lecturer suruh call mak sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Sekian disini sahaja surat kali ni. Sekarang dah lewat malam, rasa mengantuk. Berjumpa lagi dalam surat yang akan datang. Oh ya. duit haritu yang mak bagi dah habis. Boleh banking lagi? Tambahan minggu depan dah start pose . bye-bye.

Pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.

Hik3

Yang Benar.

Labels:


comment | 11 comment(s)

Kisah Mengejas Awek
Friday, August 7, 2009





Haritu bosan. Seperti hari-hari yang sebelumnya. Aku bangun awal-awal lagi, hajat nak joggging di tepi tasik atau tepi tapak perkuburan belakang Fakulti Bahasa Dan Komunikasi. Tapi aku batalkan hajat sebab sedar-sedar dah pukul 11.45 tengahhari. Tak manislah bila jogging di tengah hari buta. Lagipun haritu bukan cuti. Aku pun daripada berpakaian jogging, aku menukar kepada pakaian standard. Pakaian yang aku pakai hari-hari. Dan aku menuju ke cafetaria.

Cafe haritu penuh dengan orang-orang yang kelaparan. Penuh maknanya ramai. Aku hairan kenapa 4 kolej berkongsi satu cafe. Itu sial namanya. Dalam gerombolan manusia yang maha ramai itu, aku ternampak seorang awek. Manis rupanya macam Kate Nash. Aku pun dengan keadaan segera menghampirinya. Aku buat selamba. Awek itu sedang membelek-belek lauk, dan aku,

" Lauk ni sedap, penuh berkhasiat. Lagipun ni tak ada lemak tepu dan ianya penuh vitamin B2 "

Aku tahu awek-awek amat mengagumi orang yang pandai, caring , prihatin dan suka binatang peliharaan. Awek itu hanya senyum dan berkata

" Eh, u ni sama taste ngan i ar. Maybe we have the Chemistry "

Awek urban ni. Tak K.L, Mungkin ni awek Selangor. Nak kata Kelantan dan Terengganu, tak ada pulak slang pantai timur. Kami pun sembang lama-lama., pasal Pemanasan Global, H1N1, Freemason, Seks Bebas, Konflik Dunia ketiga dan bermaacammacam lagi. Awek tu kuat bercakap, aku layan je kerna awek-awek suka orag yang mendengar bila mereka bercakap.

Sesudah kami puas bersembang, tiba-tiba awek itu menghulurkan secebis kertas. Nombor telefon agknya, kalau takpun nombor bilik. Aku capai kertas itu dan ianya nombor telefon awek tu dan nombor biliknya.

" 0-1-3-3-5-6-7 . . . "

Aku pun tersedar. Aku masih di katil, berselimut. Sial. Macam real mimpi tu. Yang aku terkilan aku tak dapat tangkap 3 nombor terakhir nombor telefon aewk tuh. Aku cuba menyambung balik mimpi tu. Tapi aku hanya bermimpi Barney dan Big Bad Bettleborg. Tiada lagi awek itu. Kalau mimpi awek tu lagi, aku cuma nak kata "Muka cantik tapi tulisan buruk gila. Tulis nombor telefon macam tulisan sanskrit! Lain kali tulisla elok-elok! "

the end


Labels: ,


comment | 10 comment(s)

Mari Mengenal Naruto




Naruto Setelah lama sangat hidup.

Labels: ,


comment | 1 comment(s)

Takut kecederaan? Apesal join beb?
Saturday, August 1, 2009

Pedih mata,
Sakit tekak,
Kena Tangkap
Sekurang-kurangnya mandi free!

Wak lu!


<

Labels:


comment | 4 comment(s)

Everything in http://ohserius.blogspot.com is fucking copyrighted. © All rights reserved.
[ play play me ]