Profile Lets Chat Link-age Stuff
Baldi Kuning Sebuah
Thursday, January 14, 2010



Masa bukak Semester baru tak lama dahulu , aku tak bawak baldi ke hostel. Leceh. Roommate aku pon same, alasan tertinggal kat rumah. Alasan dia bukan boleh pakai sangat. Dalam agak2 seminggu, bersepai baju kotor atas lantai. Boleh tahan jugakla Makcik Cleaner punya bebelan. Yang aku heran, macamana dia tahu keadaan bilik kami dahlah sound direct tak bertapis. Nyaris-nyaris roomate aku nak amalkan taichi untuk redakan gelora dalaman. Petang tu jugak, dia songlap baldi yang terbiar sepi di tandas.

Baldi kuning. Cantik. Kondisi baru lagi. Agak hairan bagaimana boleh terbiar sepi dalam tandas dengan hanya berisi baju kotor sape ntah. Besar-besar tertulis kat situ , " POHPIH ". Pilihan perkataan yang agak odd untuk nama seorang manusia. Agak lame lah baru aku dapat figure out ape maksud "POHPIH" sebenar, tricky jugak ar. Baldi kuning tu telah dijadikan haiwan peliharaan. Tak puas letak baju kotor, roomate aku mula bereksperimentasi.....

Dan,

Tamatlah riwayat Baldi kuning POHPIH. Dan semenjak itu aku telah memilih untuk tidak memiliki baldi lagi untuk keselamatan diri.

Thanks




Labels:


comment | 4 comment(s)

SMS
Monday, January 11, 2010



Kelas Poetry memang bosan. Lecturer pung pang pung pang kat depan, student angguk-angguk buat paham, aku haram tak paham. Konsep tak betol, jalan cerita kurang ngam , tula jawapan yang ada dalam kepala aku kalau lecturer tetiba je meroyan nak tanya soalan. Apa jadah tanya soalan tentang A Rose for Emily ngan The Storm , tanya la tentang Exorcism Of Emily Rose ke, Storm Rider ke kalau tentang Ben 10 lagi kaw. Aku memang hafal bab - bab tuh. Member aku kat depan kepala dah terngeleng- ngeleng. Mula-mula aku syak dia tengah berzikir tapi melihat rambut dia yang berwarna burgundy-die rambut Syurah kaler no 3 , aku yakin dia syok tido. Sempat juga mengigau. Aku jenguk-jenguk dalam kelas, semua muka tekun. Ada la sekali dua kawan aku yang duduk jauh buat muka serius nak tanya soalan, cepat-cepat aku pintas dengan isyarat tangan. Ah. soalan ridiculous, mungkin akan berkaitan luar dari konteks. Tetiba lecturer bangun dan melilau cari mangsa, aku bukak buku dan gigit pensel. Buat muka tekun dengan sedikit stress. Aku bulat-bulat teks dan buat-buat nak tanya soalan.Letih jugak buat muka tekun nih.

Dengan automatiknya henset aku bergegar. Sebelum nada dering SMS berbunyi, aku cepat-cepat cover. Malu weh. aku set nada dering lagu Burzum, takut orang cop aku BESI HITAM lak. Tak macam member aku sorang ni, nada dering SMS ngn nada dring telefon sama panjang. Memang tak cool, lebih kearah bangsat. Aku menilik-nilik mesej.

" Adakah anda sedar tentang konsep 1Malaysia? Taip 1M A utk YA atau 1M B utk TIDAK & SMS ke 1XXXX "
Ah aku boleh search internet la woi. Aku tak reply

" Cerita The Storm ni pasal pasangan Gay "
Aku terkedu. Macam mana boleh lepas Malaysia cerita ni?. Aku tak reply

" On the way nak beli telefon baru ni "
~ Aku tak reply

" Lebih 100 video "homemade yg terpanas" utk koleksi anda! Jika mau, Sila balas YA. Yang pasti SEKtified! Hanya utk umur 18 keatas, warning!! "

Tetiba je jari aku bergerak dengan sendiri. Muka berdebar kover line. Dahi berpeluh-peluh . Korang ingat tak bosan ke kelas POETRY ni?


Labels:


comment | 6 comment(s)

Everything in http://ohserius.blogspot.com is fucking copyrighted. © All rights reserved.
[ play play me ]