Profile Lets Chat Link-age Stuff
[ Retro ] Macam Mana Aku boleh Terlibat Dan Percaya Pada Peah
Tuesday, June 16, 2009




Tengahhari tu memang panas. Berpeluh-peluh. Aku pandang muka Pok Mat Dungun, yang muka serupa ngan logo DINGDANG suara pon dekat-dekat nak sama macam iklan DINDANG kat t.v. Peah mengangguk tanda setuju. Dalam hati, aku baca kuat-kuat ayat yang Peah bagi, Slow-slow aku buka plastik hitam. Aku ambil kertas tu, tilik lama-lama, Tarik nafas dalam-dalam. Dan, Damn.! Hello Kitty lagi! Aku sudah jemu dengan Hello Kitty !!

[ Sehari sebelumnya.. ]

Sebelum ke sekolah, aku melencong ke kedai Pok Mat jap. Nak usha-usha maklumat dan fashion stylo terkini. Kedai Pok Mat memang feymes , hot-spot bagi budak-budak seangkatan dengan aku. Kalo sapa-sapa tak singgah kedai Pok Mat, memang boleh dianggap king of kodi. Tetiba aku nampak benda best, betul-betul ditepi kaunter Pok Mat yang serabut ngan tembakau jawa dan daun rokok.

" Pok Mat, ini tikam bila sampai? Hadiah kaw-kaw? Brapa satu ? "

Ujar aku ngan earger-nya. Pok mat menggulung rokok tembakau jawa slow-slow. Sedut dalam-dalam, hembus, sedut, hembus.Bau asap cam gampang. Gila. Kalo aku duduk dekat sikit, mesti aku dah kena Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk. Muka Pok Mat high.

" Baru je sampai. 20sen satu. Hadiah kaw-kaw. Kalo tak beli memang tak true.. "

Aku dah panas ngan statement Pok Mat. Hadiah aku tengok memang kaw-kaw. Kereta Dashyankuro, Robot Macross, Laser dan macam-macam lagi. Aku dah aim Kereta Dashyankuro. Barang rare, tak ramai budak ada benda ni. Aku hulur duit 1ringgit, duit belanja sekolah untuk hari tu. Aku seluk 5 plastik hitam.

" Pok Mat , Ape kriteria untuk boleh kereta Dashyankuro? Cambest je " ujar aku dengan sikit nada ego

" Dashyankuro kena dapat gambar durian, gambar rambutan dapat laser , gambar ciku bla bla bla "

Gambar Durian. Aku perlukan gambar durian. Aku dengan gaduhnya aku menyiat semua plastik hitam. Cikedis free dalam plastik tu aku biar bersepah atas meja Pok Mat.

" Pok Mat, Kalo ade cop Hello Kitty ni, boleh mende ? " Ujar aku dengan berdebar-debar

" Kalo gambor Hello Kitty tu, takleh gape-gape la tu " jawab Pok Mat dengan lebih kurang.

" Takkan takleh ejas? Bagi ar Aiskrim ke, Cikedis ke " .. aku buat muka kesian.

Hati Pok Mat memang keras. Aku ke sekolah dengan perasaan yang amat pilu dan sedih. Duit dah habis. Tikam tak kena, Kereta Dashyankuro terbayang-bayang dalam kepala. Kira haritu ilmu memang tak masuk. Waktu rehat, budak-budak lain bertempiaran belari ke kantin. Aku duduk sorang-sorang dalam kelas, rembat cikedis yang ada dalam plastik tikam tadi. Air mata menitis. Aritu miss kelazatan Keropok goreng ngan Air Jagung Pok Harun. Tetiba ,

" Lu apsal sedih ni zulfadli? "

Datang member aku yang bernama Peah. Aku ngan Peah kiranya agak kacip. Kalo ada projek besar-besar, memang Peah dulu yang aku ajak. Peah tak lah hensem mana Tapi sejak balik dari Lawatan ke kolumpo, terus lekat cakap kolumpo. Urban, Stylo. Dengan nada emo, aku cerita tentang kerugian yang aku alami.

" Lu jangan risaula zulfadli, Gua akan tolong lu. Janji lu buat kerja sekolah Tatabahasa gua. "
" Esok pukul 12.00PM , tunggu gua depan kedai Pok Mat. Bawa duit secukupnya "
" Sebelum tu, lu hafal ayat ni dulu , baru tikam kena "

Peah menghulur cebisan kertas. Ayat tu langsung tak berbunyi arab, betulisan rumi bukan jawi. Itu memudahkan tugas aku menghafal. Susunan ayat macam buku KOMSAS tingkatan 3. Aku suspek Peah ambik dari buku kakaknya.

" Ingat , lu kena hafal ayat tuh. Baca 2 kali sebelum bukak plastik tikam "

Pesan Peah keras.

Malam tuh, aku hafal bersungguh-sungguh. Aku aim kereta Dashyankuro. Bayangkan perasaan awek-awek bila tau aku ada kereta tuh. Fuhh.

[ , , , , , ]

Aku genggam tangan. Muka Peah dah macam orang nak mintak terajang. Pok Mat tersengih-sengih. Aku berlari ke sekolah. Aku koyak buku Tatabahasa peah. Padan muka lu Peah!.



Labels: , ,


comment | 18 comment(s)

Awek Yang Menjual Jagung
Saturday, June 13, 2009




Start lepas semayang Jumaat bawak ke petang, duk menyelam bundle. Kepala aku dah naik panas. Panas Lagi bila member aku tetiba je bukak bunga shuffle kat tengah orang ramai , Panas lagi bila, dia tersengih-sengih bila jumpa orang yang dia suka. Hasil selaman tak berapa berbaloi. Setakat Polo JMB dengan Stapres , tu pon aku beli sebab aku dah patahkan sesuatu kat bundle tu. So macam escape plan la, beli hati brader yang badan sasa macam penarik kereta.

Tiba-tiba bergelojak rasa nak makan jagung bakar. Ye la dah lama tak makan jagung. Asyik makan Ubi je. Manalah menyihatkan!. Aku pon suruh ar member aku singgah kat sebuah bangsal jual jagung betul-betul tepi jalan dekat-dekat ngan pantai. Jagung nampak manis je, semanis penjualnya. Yang tak manisnya muka bapak dia yang membara mengipas jagung.

Aku pinjam Marlboro member aku kat sebelah. Takkan nak hisap Surya depan awek, mana stylo, sah-sah dicop Mat Indon. Bau asap pun dah lain.

"Emm.. nampak manis jagung ni", cubaan aku nk msuk jarum.

Member aku kat sebelah tak pandai langsung nak backup. Buat2 la busy sikit ke, tolong bapak awek tu kipas jagung ke, ni tak. Tersengih-sengih macam mat indon baru dapat gaji.

" Pandai abang tengok jagung, tengok je dah tau manis ke tak"

Aduh. Awek ni, bergegar buah pinggng aku . Serba serbi manis lah awek ni, jagung nmpak manis, muka manis, bahsa pun manis dan erotis. Yang tak boleh blah, air oren rasa macam gampang, tak heranla sebab yg buat pun mak dia. Mak dia tak manis, tapi mungkin manis 20 tahun yang lepasla.

" Nak berapa batang bang " Eh awek ni, ber'batang' la plak. Aku dah jadi kalut.
'' Emm bagi abang 2 batang cukup, satu untuk abang, satu untuk kawan abang. Buat manis-manis ek ''.
'' Takkan 2 je kot, Best jagung ni.. Maniss ''

Aku dari tadi lagi dah cair. Tanpa berfikir ;

'' Kalo Camtu bagi bagi abang 4 batang. Lagipun dah lama abang tak makan jagung ni sejak abang abis belaja kat Ireland nuh''.

Takpela. Kire macam investment gak. Dengan pembelian 4 batang jagung mane tau hari ni hari bertuah aku. Tersenyum-senyum awek tu letak jagung dalam plastik. Nampak cam ada can beb.

'' Nah bang.. sume skali 8 ringgit ''

Nak nampak stylo punya pasal aku hulur duit not 50. 50 terakhir yang aku ade, duit tuh aku selit kat celah dompet , dalam-dalam. Kaler pon dah jadi lain. Simpanan disaat-saat genting.. Tapi hari ni terbarai jugak.

" Takdek duit kecik ke bang? ''Hah!, aku pe lagi, ni punch line yg aku tunggu-tunggu ni..

" Duit kecik takde, nombor telepon adalah.. ".

Aku rasa tu la ayat paling romentis .Awek tu tersengih-sengih je tengok aku.



[ , , , , , ]


" Mama....mama! "

Terdengar suara budak kecik dari belakang bangsal. Anak pelarian mana plak yg sesat ni?? Potong Stim Btol la..

" Mama, mama... nak jagung................ "

Muka aku dah start merah membiru tahap lebam. Stylo dah terbarai bertarabur ntah kemana, Pernafasan jadi tak teratur. Member aku awal-awal lagi dah lesap, pergi gerai sebelah, buat-buat beli minyak gamat. Deras-deras aku ambik jagung tadi dan terus blah..

Baru aku sedar, bini orang rupanye! Siap ada anak lagi.. Sial btol.

Jagung tuh separuh je aku makn. Selebihnya aku hanyutkan ke dalam laut. Nampak je manis, tapi tawar nak mampos!. Jahanam 8 ringgit aku. Penipu!


Nota Kaki ; Cerita Asal ada Disini




Labels: ,


comment | 18 comment(s)

[Retro] Semangat Kali Pertama dapat Biasiswa
Sunday, June 7, 2009

Aku bangun awal. Aku check kalendar 2 kali untuk konfirmkan yang hari tu betul-betul hari sabtu bukan hari jumaat malahan hari Thaipussam, kalau tak, tak jadi planning. Lepas aku betul-betul puas hati , baru aku pegi mandi, gosok gigi , sit up, silambam dan capoeira. Sepu Bulu , Pie Binjal dan Hazrif Ikram dah siap. Pakai baju Nirvana , jeans season. Grunge la katakan. Tapi aku tengok Pie Binjal dressing lebih berat ke Mat Indon. Tapi biarlah .Lepas selesai urusan dengan warden asrama, kitaorang pon berjalan ke tempat menunggu bas yang betul-betul depan pagar sekolah. Waktu jalan , macam- macam sembang. Nak main pool la, Nak makan KFc, Pizza, Nak karaoke, Nak shopping kat Hock Kee Seng, Nak Beli pembalut hadiah, nak beli deodorant baru dan macam- macam lagi. Almaklumlah hidup di asrama kat kampung, mana ada shopping complex ,7E ataupon kedai hardware.

Sampai je kat tempat menunggu bas tuh, nampak Apis Decum tersengih macam nak mintak penampar. Aku tak kacip sikit dengan dia sebab dia budak skima walaupon kami sama kelas. Lama jugaklah tunggu kat situ. Sempatlah mengumpat dan memperkemaskan knowledge tentang grunge. Takut sampai kat bandar kena paw kalau salah jawab. Bas SP BUMI berwarna putih biru pun sampai.

[, , , , , ,]

Sampai je kat bandar, kami berlari-lari anak ke BSN. Ye lah, dulu mana ada akaun lain. Tak manis lah budakbudak sekolah ada akaun Maybank, ataupun Hong Leong Bank. SAmpai je , bank tak bukak lagi. Kata buka pukul 8 tapi di dah dekat-dekat nak pukul 9. Pak Guard muka masam jaga pintu takut ada orang ceroboh. Dapat je masuk, tekan mesin ambil nombor giliran. Dalam kepala masing-masing terbayangbayang KFC, PIZZA, dan HOCK KEE SENG.

" 103 , Kaunter 2 " Sepu Bulu Bangun tersengih.
" 104, Kaunter 4 " Hazrif Ikram meluru ke kaunter 4.
" 105, Kaunter 11" Aku dengan selamba ke kaunter 11.

Pie Binjal terpaksa ambil nombor sekali lagi,salah tekan butang. Butang B , 'Untuk Bayaran Hutang' . Kena marah sedas oleh Pak Guard.

[, , , , ,]

Kami Beli Maggi, Makan Depan Bank. Tanda Protes . Nak call kementerian Pendidikan , tak tahu nombor. Sapela yang sebar khabar angin yang biasiswa dah masuk , geram btol la Duit tinggal cukup-cukup tambang bas balik je
Hock Kee Seng, KFC, Pizzza terpaksa dilpostpone dulu. Dalam kepala masing-masing "Minggu depan Kami akan cuba nasib lagi.!"





Labels: ,


comment | 21 comment(s)

Kisah Budak-Budak Dahulu
Thursday, June 4, 2009





Pandangan Dengan Mata Kasar..


Pandangan Mata Halus [ Orang Kuat Ilmu Kebatinan ]



Disedut Dari Rojak
Gambar Lain - lain



UPDATE.



Nota Kaki ; Teringat Masa aku berboling disitu, strike mengalahkan pemain boling negara. Hahahahahahahahahaaahahahaha.



Runtuh,

Labels:


comment | 2 comment(s)

Everything in http://ohserius.blogspot.com is fucking copyrighted. © All rights reserved.
[ play play me ]