| |||
|
Siri Bercakap Dengan Jin 1 : Misteri Basri.
Wednesday, July 29, 2009
[ Permulaan ] Dahi Pak Imam Berpeluh-peluh. Sudah lama beliau tak handle kes-kes kerasukan macam ni. Setakat jampimenjampi untuk budak yang kencing malam bolehlah. Tapi ini kes berat. Mata Ramli seakan-nyala nyala. Lidah Ramli terjelir-jelir. Ayat-ayat yang dikeluarkan oleh Ramli amat asing bagi seluruh penduduk kampung dan Pak Imam. Jesteru itu Tubuh Ramli ditekan-tekan. Bacaan ayat-ayat Pak Imam berterabur sebab dilempang Ramli yang kurus kering. [ Konflik ] " Jin Yang merasuk Ramli ni terlalu kuat. Mungkin Champion Heavyweight " getus Pak Imam sambil membetulkan serbannya yang senget. Pak Imam sudah tidak sanggup berhadapan dengan Jin yang merasuk Ramli. " Pak Mat, Saya balik dulu. Isteri Saya nak bersalinnnnnnn. " Jerit Pak Imam sambil memecut Motor kapcainya. Nasib baik tak terlanggar kutu-kutu yang sedang lepak di wakaf depan rumah Pak Mat. Pak Mat bukan tak tahu. Isteri Pak Imam sudah menopaus mana mungkin boleh beranak lagi. Alasan yang diberikan pak Imam amatlah tidak logik. Nasib baik wang pengeras baru separuh dibayar. Itu tak termasuk kos beli pulut kuning dan ayam panggang. Ini sudah 29 kali, Imam-imam yang dijemput Pak Mat melarikan diri tanpa sebab yang munasabah. Seminggu kemudian.. Keadaan Ramli semakin teruk. Adakala dia berlari bogel sekeliling rumah. Pak Mat semakin pening. Isteri Pak Mat , Mak Mah sudah kering air mata menangis mengenangkan Ramli. Seluruh IPTA/IPTS di ibukota terpaksa ditutup bahana H1N1 iaitu virus selsema babi. Seluruh pelajar dipaksa balik ke rumah masing-masing selama seminggu. Seorang pemuda yang juga kawan lama Ramli telah pulang ke kampung. Pada Malamnya, pemuda itu melawat rakannya Ramli. Dia mengusap-ngusap Kepala Ramli sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Tiba-tiba Ramli bangun, matanya merah menyala dan menyerang kawannya itu. Penmuda itu menepis Ramli dengan kuat. Ramli tersepit dicelah pintu. Tiba-tiba pemuda itu menjerit, " Pak Mat, ccceepat sediakan pulut kuning dan ayam panggang! " Tergesa-gesa Pak mat menuai padi pulut di sawah. Pak Mat tanak dengan kadar segera dengan kepanasan 300 darjah celcius. Pak Mat masukkan setitis iodin unutk memberikan pulut itu warna kekuningan, tambahan pula bagi Pak Mat, iodin amat berkhasiat. Mak Mah pula berhempas pulas mengejar ayam kampung , sembelih lalu memanggangnya. 45 minit kemudian juadah pengeras itupun siap. Ramli masih lagi tersepit. Tiba-tiba ramli mengamuk. Pintu terkopak akibat kekuatan Ramli. Ramli berlari kearah rakannya itu dengan gigi menyerigai. Pemuda itu menulis sesuatu diatas kertas A4. Ramli semakin hampir dan pemuda itu berpusing 180 darjah dan menampal kertas A4 itu ke dahi Ramli. Kertas A4 itu bertulis " Liebe". Entah ape jadah maksudnya. Ramli tiba terduduk dan senyap. Pemuda itu dengan sertamerta duduk dihadapan Ramli. Pak mat dan Mak mah duduk dibelakang pemuda itu , takut-takut. Dan Pemuda itu bercakap dengan Jin yang merasuk Ramli. [ Klimaks ] " Wie heißt du? " Jerkah Ramli Dengan Kuat dalam bahasa yang begitu asing bagi Pak mat dan Mak mah. Ramli seakan memahami " ich heiße Schmidt! " Jawab Ramli dengan tenang sambil dikuti ketawa yang amat menyeramkan. " Guten Tag. Ich heiße Frau Basri." Balas Pemuda itu dengan muka cuak. " Guten Tag !" Jerit Ramli dengan tiba-tiba. Ramli menjadi semakin aggresif. Kertas A4 didahinya semakin tercabut. " Freut mich . Tschüs! " Balas Pemuda itu sambil mengepit ibu jari Ramli. Ramli menjerit dengan kuat dan pengsan. Mata Ramli sudah tidak merah lagi. Ramli sudah normal. Jin yang menghasut Ramli telah Tiada. Pemuda itu berwajah lega. [ Anti Klimaks / pengakhiran ] Pemuda itu berdiri sambil menyalakan Winston Light , " Nama saya Basri. Saya adalah pelajar bahasa German di UPM. Kalau ada kes-kes paranormal, saya akan berada berdekatannnnn " dan pemuda itu menghilangkan diri dalam kegelapan malam bersama pulut kuning dan ayam panggang. Pak Mat dan Mak Mah terkebil-kebil dan kagum dengan kebolehan Basri. Mereka tertanya-tanya siapakah Basri yang sebenarnya. Ramli pula semakin sedar. Apabila ditanya tentang Basri, Ramli mengatakan yang dia tiada kawan yang bernama Basri. Keadaan semakin menjadi misteri.... comment | 8 comment(s) [ Retro ] Dashyankuro dan Implikasinya
Thursday, July 23, 2009 Tahun 1997 - Seminggu setelah Ditipu Peah. Tepat pukul 9, aku dah start menapak. Mencari member-member yang sealiran. Sesampai aku depan rumah Mat Weng, aku ternampak 2,3 orang member sealiran. Dengan kayu ditangan dan bermuka bengis , mereka berlari kearah aku. Aku menjadi cuak dan nervous. Takkan nak pukul aku sebab aku pau adik mereka yang sedang berdarjah satu takpun sebab aku ejas awek diorang kot. Itu sudah adat member-member, mana boleh marah. Apa-apa pun, baik aku ambik berhati-hati. Mereka semakin dekat, dan aku pun mengambil langkah drastik. " Power Rangers Merah, Bertukar! " jerit aku dengan nada 269 Desibel sambil memejam mata dengan berharap bertukar kepada power Rangers merah yang robotnya berbentuk T-Rex. Itu belum lagi Power Ranger Warna Hijau yang pedangnya boleh ditiup untuk memanggil robotnya yang maha gergasi. Aku berasa seakan bertenaga baru! Mungkin inilah yang dikatakan Kuasa. Slow-slow aku buka mata dan member aku dan berada di depan mata. Slow-slow aku buka buah tomoi ajaran seorang brader dekat-dekat dengan rumah aku. Berderai-derai aku diketawakan, " Lu ni outdated betul!. Mana ada dah orang layan power Rangers. Semua orang tahu yang power Rangers tak wujud!.Karut semua tu. hahahahahahahaha " " Dah tu apa yang up dan trendy sekarang? " ujar aku yang masih ber'stance' tomoi. " Ni yang up sekarang! " sambil mereka menunjukkan benda yang up itu Wah. Macam mana meraka dapat dulu kereta Dash ni dari aku? Nak beli memang takde chance. Aku syak mereka curi dari kedai Pok Mat. " Lu takde ke? " ujar meraka dengan nada sinis. " Eh ada! 2,3 kat rumah. Tu tak campur yang aku order dari ebay lagi! " bidas aku dengan teknologikal, " dah tu pesal korang pegang-pegang kayu ni?" soal aku. " Lu memang tak tengok cite Dashyankuro ke? Kayu ni boleh buat control kereta. Hah gini " sambil mereka membuat demonstrasi yang aku cukup meluat bila tengok. " Ceh aku tengok ar. Kat Youtube ! " Aku berbohong. Apa kejadah sanggup ponteng kelas nak tengok cite Dashyankuro pukul 4.30 ptg. Aku budak bijak. Besar nanti nak jadi Angkasawan macam Aldrin. Syeikh Muzapa tak feymes lagi. Tak manisla kalau beridolakan orang yang tak feymes. " Aku blah dulu ar. Nak buat kerja Ilmu Alam Plok, lepas tu nak tengok komet Halley " . Ujar aku dengan yakin untuk melambangkan cita-cita aku sambil memblahkankan diri. Balik rumah, aku korek tabung BSN aku. Ala yang berbentuk Gajah pakai topi tuh. Adalah dalam rm3. Nak belanja awek pun tak lepas. Argh. aku berguling-guling kestressan. Hajat nak ada kerata Dash sendiri membuak-buak!. Wajah member-member sealiran terbayang-bayang di kepala menyakitkan lagi hati aku. Tiba - tiba..... [ Bersambung Selepas Nightline ... ] ![]() comment | 6 comment(s) Love As In Quote
Friday, July 17, 2009
Saya juga dipaksa berlakon drama. Muka saya memanglah macam artis, tapi saya tak pandai nak berdrama ni. Am forced to partner up with somebody. Dan tanpa berlengah, saya dipaksa bersama si dia. Damn, pada mulanya. Saya mengalami masalah memori, mengingat lirik-lirik dalam skrip drama. Dia banyak membantu saya. Dia ada berpesan , selepas semua ini , jangan ada sekelumit rasa sayang padanya mahupun merinduinya. What the heck! kata dalam hati saya. Saya orang famous, takkan nak bercinta dengan awak. Banyak lagi awek-awek lain. Ya, perasaan sayang itu memang halus. Sedar tak sedar , saya menjadi rindu padanya. Lebih tepat lagi, sayang. Senyuman, Gayanya, Lagaknya. Dia melengkapi saya segala genap yang saya kurang. Saya rasa kami ada chemistry. Tapi saya malu mengakuinya. Pernah sekali dia datang pada saya didepan kawan-kawan saya untuk memberitahu sesuatu tapi saya melukakan hatinya. Saya tahu dia kecewa, tapi saya malu dengan kawan-kawan saya. Dan, [ , , , , , ] Saya drag cursor player tepat-tepat ke bahagian akhir. Kenapalah cerita A Walk To Remember ni tak Happy Ending? Harap-harap cerita Ice Age ni happy Ending. ![]() comment | 2 comment(s) |
|
|
| |