Profile Lets Chat Link-age Stuff
Plop Plop Plop Plop Bruzzz [ Sound effect Hujan ]
Monday, November 2, 2009



Hujan emas di negeri orang , hujan batu dinegeri
sendiri.
Lebih baik negeri sendiri.


Musim monsun sudah tiba. Musim hibernasi bagi semua umat sejenis yang malas. Anyway, sudah 3 jam, hujan tanpa henti. Dan aku rasa aku perlu berhenti menulis.

Chiaow.

zuLL

Labels: ,


comment | 2 comment(s)

Serius Seram Sejuk
Tuesday, October 27, 2009



27/10/2009

Harini start final Exam. Duduk dalam dewan yang sejuk giler macam atas gunung everest [ aku pon tak tau takat mana kesejukkan beliau tatkala musim pemanasan global ni. ] Jadi aku pon ternampak satu lembaga. Bukan lembaga Perbadanan Hasil dalam negeri ataupon Lembaga Tabung haji, tapi lembaga yang amat seram!. Lidah terjelir amatlah panjang. Entah apa jadah buat dia buat dalam dewan yang sejuk pada siang-siang hari, fikir aku dengan nada takut jugaklah. Hendak menjerit, tpai tak manislah menjerit dalam dewan yang penuh dengan manusia robotik [ baca = pelajar. Tido-makan-bangun tido study ]. Aku pon cepat-cepat tanda kertas jawapan dan buat-buat tido. Tak sempat mempraktikkan ilmu yang diturunkan selama satu sem. Akhirnya aku tertido sampai abis masa.

Memang serius seram sejuk dowh.
FIN.

..

...

....

.....





P/s ; Mintak maaf kepada lecturer jika saya tak perform dan score soalan final itu. Saya takut dan seram sejuk. Saya juga ingin menghempuk orang yang berada didepan saya di dewan peperiksaan tadi ,yang memakai baju Rolling Stones. Sekian terima kaseh.


Labels:


comment | 0 comment(s)

Koleksi Kata Pujangga
Monday, October 19, 2009


Woh. Aku rasa aku berdarah seni. Bukan seni mempertahankan diri. Baru-baru ni sudah banyak kata pujangga yang aku tulis dan conteng. Tidak termasuk kata kutukan dipintu tandas ;). Maaf banyak2. Vote my Kata Pujangga Ye. Kalo korang vote, korang adalah yang paling kool! Siyes.




With my heartless brain,

Labels:


comment | 2 comment(s)

Ah.
Saturday, October 17, 2009



Sudah lama aku tidak menjenguk blog. Aku seakan menjadi dingin terhadap blog-ku ini, seperti mati pucuk. tiada lagi ghairah. Sepeninggalan aku dari blog ini banyak yang telah berlaku. Ada perkara yang buka minda dan akal, ada perkara lawak tahap lawak king, ada perkara jijik. Semua itu pengalaman dan berubah menjadi kenangan dan satu hari nanti boleh dibuat modal sembang banyak-banyak. Aku bukan jenis sembang banyak, but im a good listener. Teras - me ; ).

Musim exam akan datang menjenguk. Sekejap je masa berlalu, terasa semalam je baru abis orientasi, menjerit bagai orang kurang waras, terasa semalam je baru habi sjawab paper PAS [ pendidikan alam sekitar ], damn here it come again. Bagi aku exam ni macam buaya or any binatang yang bergigi tajam dan beekor kuat, sila bagi contoh. You escaped the Teeth, beware of the tail. Sang buaya, Aku belum study lagi! Im not in mood, yet.

Tschüss.


Labels:


comment | 0 comment(s)

Everything in http://ohserius.blogspot.com is fucking copyrighted. © All rights reserved.
[ play play me ]