Profile Lets Chat Link-age Stuff
[Retro] Semangat Kali Pertama dapat Biasiswa
Sunday, June 7, 2009

Aku bangun awal. Aku check kalendar 2 kali untuk konfirmkan yang hari tu betul-betul hari sabtu bukan hari jumaat malahan hari Thaipussam, kalau tak, tak jadi planning. Lepas aku betul-betul puas hati , baru aku pegi mandi, gosok gigi , sit up, silambam dan capoeira. Sepu Bulu , Pie Binjal dan Hazrif Ikram dah siap. Pakai baju Nirvana , jeans season. Grunge la katakan. Tapi aku tengok Pie Binjal dressing lebih berat ke Mat Indon. Tapi biarlah .Lepas selesai urusan dengan warden asrama, kitaorang pon berjalan ke tempat menunggu bas yang betul-betul depan pagar sekolah. Waktu jalan , macam- macam sembang. Nak main pool la, Nak makan KFc, Pizza, Nak karaoke, Nak shopping kat Hock Kee Seng, Nak Beli pembalut hadiah, nak beli deodorant baru dan macam- macam lagi. Almaklumlah hidup di asrama kat kampung, mana ada shopping complex ,7E ataupon kedai hardware.

Sampai je kat tempat menunggu bas tuh, nampak Apis Decum tersengih macam nak mintak penampar. Aku tak kacip sikit dengan dia sebab dia budak skima walaupon kami sama kelas. Lama jugaklah tunggu kat situ. Sempatlah mengumpat dan memperkemaskan knowledge tentang grunge. Takut sampai kat bandar kena paw kalau salah jawab. Bas SP BUMI berwarna putih biru pun sampai.

[, , , , , ,]

Sampai je kat bandar, kami berlari-lari anak ke BSN. Ye lah, dulu mana ada akaun lain. Tak manis lah budakbudak sekolah ada akaun Maybank, ataupun Hong Leong Bank. SAmpai je , bank tak bukak lagi. Kata buka pukul 8 tapi di dah dekat-dekat nak pukul 9. Pak Guard muka masam jaga pintu takut ada orang ceroboh. Dapat je masuk, tekan mesin ambil nombor giliran. Dalam kepala masing-masing terbayangbayang KFC, PIZZA, dan HOCK KEE SENG.

" 103 , Kaunter 2 " Sepu Bulu Bangun tersengih.
" 104, Kaunter 4 " Hazrif Ikram meluru ke kaunter 4.
" 105, Kaunter 11" Aku dengan selamba ke kaunter 11.

Pie Binjal terpaksa ambil nombor sekali lagi,salah tekan butang. Butang B , 'Untuk Bayaran Hutang' . Kena marah sedas oleh Pak Guard.

[, , , , ,]

Kami Beli Maggi, Makan Depan Bank. Tanda Protes . Nak call kementerian Pendidikan , tak tahu nombor. Sapela yang sebar khabar angin yang biasiswa dah masuk , geram btol la Duit tinggal cukup-cukup tambang bas balik je
Hock Kee Seng, KFC, Pizzza terpaksa dilpostpone dulu. Dalam kepala masing-masing "Minggu depan Kami akan cuba nasib lagi.!"





Labels: ,


comment | 21 comment(s)

Everything in http://ohserius.blogspot.com is fucking copyrighted. © All rights reserved.
[ play play me ]